Pages

Friday, November 24, 2017

Ederson optimis City tak senasib United

LONDON: Manchester City akan mengharungi cabaran getir ketika berkunjung ke Huddersfield Town, Ahad ini tetapi memiliki kekuatan untuk meneruskan rentak kemenangan, kata penjaga gol Ederson.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi deretan 17 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan dan membuka jurang lapan mata di puncak liga selain melangkah bergaya ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selaku juara kumpulan.
Begitupun, Huddersfield yang menghuni tangga ke-10 liga bukan lawan yang mudah selepas hanya merekod satu kekalahan daripada enam perlawanan selain menamatkan kempen tanpa kalah kelab tempat kedua, Manchester United di Stadium John Smith bulan lalu.
"Ia pasti menjadi perlawanan di tempat lawan yang sukar bagi kami, sama seperti Brighton, Bournemouth dan Leicester tetapi saya percaya pasukan fokus dan bersedia sepenuhnya bersaing dan meraih satu lagi kemenangan," kata Ederson dalam laman web kelab (www.mancity.com).
"Kami berdepan pelbagai cabaran sejak melawan semua pasukan setakat ini dan saya percaya perbezaannya tidak begitu besar menentang Huddersfield.
"Kami pasukan yang amat kuat, bersedia dalam semua posisi, terutama di bahagian serangan dan tengah dan saya percaya ia amat penting."
Kali terakhir Huddersfield tewas di gelanggang sendiri ketika tumbang 4-0 kepada Tottenham Hotspur, September lalu. - Reuters

No comments:

Post a Comment

HEADLINE: Timnas U-19 Menjajal "Indonesian Way"

Tidak akan ada lagi nama Indra Sjafri dalam list pelatih  timnas Indonesia U-19 . Per Desember 2017, pria asal Minang itu tak akan lagi...