Pages

Friday, November 24, 2017

RM13 juta dirampas dalam Ops Gegar

PORT DICKSON: Jabatan Imigresen merampas wang tunai lebih RM13 juta dalam serbuan Ops Gegar di Kota Kinabalu, awal pagi semalam, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini, sebentar tadi.
Katanya, jumlah suspek ditahan ketika rampasan wang tunai lebih RM13 juta itu ialah tiga lelaki termasuk seorang warga Filipina.
"Wang tunai ada yang disembunyi dalam plastik dan sampul, ada sebahagian yang terdedah kerana jumlah terlalu banyak.
"Rampasan lebih RM13 juta ini adalah rampasan wang tunai terbesar dalam sejarah Jabatan Imigresen," katanya. 
Sehubungan itu, beliau berkata, wanita Filipina yang dipercayai dijadikan pelacur yang diselamatkan dalam Ops Gegar berkenaan adalah seramai 17 orang.
Mustafar berkata, satu pasukan daripada ibu pejabat dihantar mengetuai dan menyelaras siasatan di Kota Kinabalu kerana kes itu adalah berprofil tinggi.
Katanya, semua anggota dan pegawai Imigresen yang terbabit dalam operasi dan siasatan kes terbabit sentiasa berwaspada dan bersiap sedia jika berlaku tindak balas daripada sindiket.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).


No comments:

Post a Comment

HEADLINE: Timnas U-19 Menjajal "Indonesian Way"

Tidak akan ada lagi nama Indra Sjafri dalam list pelatih  timnas Indonesia U-19 . Per Desember 2017, pria asal Minang itu tak akan lagi...